TABUNG BANTUAN PENDIDIKAN ANAK NELAYAN
Semua anak ahli yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (IPTA & IPTS) boleh memohon bantuan pelajaran dari YANEM dan PNK Sri Muara.
Syarat-syarat dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memohon bantuan pelajaran dari:-
​
a) YANEM
Syarat
- Ibu atau bapa pemohon berada dalam kategori ahli 11(1)
- Pemohon melanjutkan pelajaran di IPTA sahaja
Dokumen yang diperlukan
- Salinan surat tawaran
- Salinan kad pengenalan Ibu/bapa pemohon (ahli Persatuan Nelayan)
- Salinan kad pengenalan pemohon
​
b) PNK Sri Muara
Syarat
- Ibu atau bapa pemohon adalah ahli Persatuan Nelayan
Dokumen yang diperlukan
- Salinan surat tawaran
- Salinan kad pengenalan Ibu/bapa pemohon (ahli Persatuan Nelayan)
- Salinan kad pengenalan pemohon
​
**Borang permohonan bantuan anak nelayan boleh didapati di Pejabat
PNK Sri Muara.
​